Monday, December 9, 2013

Banjir di Kemaman

Salam.

sekarang ni kan musim banjir kan. rata-rata negeri banjir. tak terkecuali juga Pantai Timur nun jauh disana. tempat yang paling teruk terjejas ialah Kemaman, Terengganu. Kemaman tu tempat saya.


cuba bayangkan banjir yang berlaku. betapa dahsyatnya. rumah tenggelam, yang tinggal cuma bumbung. habis semua harta benda musnah dalam sekelip mata. baik peralatan elektrik, perabut mahupun kenderaan.

jambatan yang berada di tengah-tengah bandar juga runtuh. yang mana digunakan untuk menghubungkan 1 tempat dengan tempat yang lain. 


kali ini, bandar Kemaman benar benar lumpuh. semua tidak dapat melakukan apa apa. urusan jual beli tergendala. #prayforkemaman

marilah sama sama kita mendoakan agar musibah yang menimpa sahabat serta kaum keluarga kita di Pantai Timur segera berakhir. mengikut cerita penduduk Kemaman, banjir kali ini ialah banjir terburuk yang pernah berlaku. 

kita mesti ingat, walau sebesar mana pun dugaan Allah terhadap kita, semuanya adalah untuk memastikan ketaqwaan kita bertambah. jangan sesekali berprasangka buruk kepada Allah, kerana Allah hanya ingin menguji hamba-hambanya. 

No comments:

Post a Comment